മലേഷ്യൻ

മലേഷ്യൻ: Football Insole Tech

MATERIAL PENGUDARAAN
Perforasi melalui ketiga-tiga material meningkatkan kapasiti pengudaraan. Lapisan pertama adalah antibakteria, telah dinyahbau dan berupaya mengatasi kaki makan air (Athlete's Foot). Ia juga mengurangkan risiko geseran.

MATERIAL PENYERAP HENTAKAN
Corak hijau berupa sarang lebah berupaya mengagihkan tekanan, meningkatkan penyerapan hentakan dan mengurangkan berat insole.

SOKONGAN LENGKUK MEDIAL
Rekabentuk istimewa untuk lengkuk dalaman kaki membantu meningkatkan kestabilan semasa memakai kasut dan direka untuk sesuai dengan pelbagai jenis kaki.

ANATOMIC HEEL CUP
Heel Cup yang mengikut bentuk anatomi boleh mengagihkan tekanan bawah tumit, mengurangkan beban dengan menggabungkan lapisan lemak tumit sekaligus menguatkan fungsi semulajadinya.

ZON PENYERAP HENTAKAN
Zon unik penyerap hentakan berwarna merah ini mengurangkan beban pada tumit.

MATERIAL KESTABILAN
Material kelabu E.V.A memberikan kombinasi lebih sokongan dan penyerapan hentakan di kawasan tumit, bawah tengah kaki, dan mengurangkan kuasa putaran.

PERIBADIKAN INSOLE ANDA: Potong sisi tepi sehingga mencapai saiz yang diingini. Tip: Gunakan insole asal sebagai panduan.

ADAPTASI: Tanggalkan insole yang sedia ada daripada kasut bola anda. Letakkan Football Insole baru ke dalam kasut anda untuk memastikan saiznya betul. Jika perlu, trim Football Insole baru anda menggunakan gunting jika ia tidak sepadan. Tip: Gunakan insole asal anda sebagai panduan! Tingkatkan penggunaan Football Insole baru anda secara sedikit demi sedikit kerana berkemungkinan ada pola beban baru pada langkah anda. PENCUCIAN & PENJAGAAN: Produk tidak kalis suhu tinggi. Insole keluaran kami telah dinyahbakteriakan. Anda boleh menggunakan air suam dan sabun untuk mencucinya. Keringkan pada suhu bilik. Jangan cuci di dalam mesin basuh. JANGKA HAYAT: Tukar insole anda setiap 6 ke 12 bulan atau apabila ia menunjukkan tanda - tanda haus dan lusuh.

Elevate your game and take the field with the right gear

Shop Football Insole now
Football Insole

Our mission at OM is to break the human limits to experience more. Inspired by movement. Powered by passion. Move with us, and feel the joy.

More about OM