മലേഷ്യൻ

മലേഷ്യൻ: Sport Insole Tech

Kaki anda akan menanggung beban sehingga 8 kali ganda dari berat badan anda ketika bersukan. Ini adalah kerana fasa layang yang berbeza disebabkan aktiviti tersebut. Pola pergerakan yang rumit merupakan tuntutan besar ke atas tubuh badan anda. Data ini, termasuk pola tekanan aktiviti serta rekabentuk kasut sukan masakini, merupakan asas kepada rekabentuk dan fungsi Sport Insole. Kegunaan Sport Insole adalah untuk mengurangkan tekanan pada otot dan sendi ahli sukan-untuk memberi pengalaman lebih baik untuk sesiapa yang suka bersenam dan bersukan, tidak kisah sama ada anda atlit suka-suka atau profesional. Sila layari www.orthomovement.com untuk maklumat lanjut.

SOKONGAN LENGKUK MEDIAL
Peletak kaki memanjang ini telah direka khas supaya sesuai dengan pelbagai jenis kaki.

ANATOMIC HEEL CUP
Heel Cup yang mengikut bentuk anatomi boleh mengagihkan tekanan bawah tumit, mengurangkan beban dengan menggabungkan lapisan lemak tumit sekaligus menguatkan fungsi semulajadinya.

MATERIAL KESTABILAN
Material kelabu E.V.A memberikan kombinasi lebih sokongan dan penyerapan hentakan di kawasan tumit, bawah tengah kaki, dan mengurangkan kuasa putaran.

PENGHADANG LENGKUK
Tiga penghadang di lengkungan memanjang kaki meningkatkan fungsi semulajadi dan kestabilan corak gerakan anda pada setiap langkah.

PENSTABIL KAKI DEPAN
Zon unik penstabil kaki depan kami boleh meningkatkan kawalan kaki.

PERIBADIKAN INSOLE ANDA:
Potong sisi tepi sehingga mencapai saiz yang diingini. Tip: Gunakan insole asal sebagai panduan.

ADAPTASI:
Tanggalkan insole yang sedia ada daripada kasut sukan anda. Letakkan Sport Insole baru ke dalam kasut anda untuk memastikan saiznya betul. Jika perlu, trim Sport Insole baru anda menggunakan gunting jika ia tidak sepadan. Tip: Gunakan insole asal anda sebagai panduan! Tingkatkan penggunaan Sport Insole baru anda secara sedikit demi sedikit kerana berkemungkinan ada pola beban baru pada langkah.

PENCUCIAN & PENJAGAAN:
Produk tidak kalis suhu tinggi. Insole keluaran kami telah dinyahbakteriakan. Anda boleh menggunakan air suam dan sabun untuk mencucinya. Keringkan pada suhu bilik. Jangan cuci di dalam mesin basuh.

JANGKA HAYAT:
Tukar insole anda setiap 6 ke 12 bulan atau apabila ia menunjukkan tanda - tanda haus dan lusuh.

Stabilize your movement no matter the sport with Sport Insole

Shop Sport Insole now
Sport Insole

Our mission at OM is to break the human limits to experience more. Inspired by movement. Powered by passion. Move with us, and feel the joy.

More about OM